Assalamualaikum wahai hati...hari ini ...kesepian menyelubungi hati ini.. hanya hati ini yg merasa betapa peritnya sgla apa yg aku harungi dalam hidup ini...namun saat ak rasa susah pasti Pencipta ku akan menghadirkan sesuatu utk membuka mataku kembali bahawa ad yg lebih dasyat selain yg ku alami..namun, kehilanganmu tetap ku rasakan, tiada lagi tangisan yg dapat ku luahkan utk menenangkan hati ini, yang ada cume kenangan-kenangan yg engkau tinggalkan buatku sahabat....mungkin ak tidak memahami dirimu membuatkan engkau meninggalkan aku sendirian, mungkin kerana kedaifan aku membuat kau melangkah pergi saat aku menghamburkan segalanya hatiku merasa perit n sakit..aku tahu aku cuma mahu kau perolehi kebahagiaan itu walau diri ini sebenarnya sakit...doaku agar kamu memiliki kebahagiaan sehingga kahir hayatmu..kerna kau lebih berhak memiliki segalanya bukan aku....terkadang aku seakan menyalahkan takdir mengapa aku diduga sebegini...sahabat dtg n pergi dalam hidupku seperti aku ini x pny perasaan, aku seakan tidak berhak memiliki kasih syg itu...aku sepiii.....gambarmu menjadi tatapanku..aku terfikir mengapa Allah sering mengambil kembali sahabat yg aku sayangi...hari ini juga ku rasakan segalanya mungkin akan berakhir....kau mungkin akan benar2 meninggalakn diri ku...buatmu sahabat...tiada coretan indah yg dapat ku berikan padamu...cme salam sayang buat sahabat yg banyak menyusahkan mu ini memohon ampun n maaf segalanya...kali ini aku akur akan suratan itu.kini aku berjanji tidak akan hadir lg seorang sahabat buat diriku kerana kesakitan yg ku rasai ..kehadiranmu membuatkan aku gembira..rupanya ia juga tidak lama..segala peristiwa lalu kini menghantui ku..walau umurku semakin meningkat akan tetapi kesakitan itu seolah baru sje kurasai...aku masih mencari sinar itu ya Allah...aku xmmpu lg mencoret....ya Allah bantulah hambamu ini...
Saturday, September 15, 2012
Wednesday, January 25, 2012
Jom Buat TOM YAM GOONG
Lama rasanya JEBON x menulis....so kali ni jebon nak kongsi resepi Tom Yam Goong....bagi jebon la Tom Yam Goong ni lbh sdap "N" terbaik dari kalangan keluarga tom yam........... x caya pas baca cuba tau..........terangkat U...
RESEPI NI UNTUK HIDANGAN SEKALI MAKAN ...ALA SEMANGKUK SIZE SEDERHANA
Bahan2nya
~Perencah Tom Yam....biasanya Jebon guna ADABI(bkn Nak Promot K)
~sayuran...biasa jebon guna daun sadri,lobak "n" jagung muda
~Serai ~ 3 batang
~Daun limau purut ~2 helai
~Tomato ~ di belah 4
~Cili Api ~ 3 biji suka pedas blh tambah ...
~Bawang besar yg di mayang kasar
~Ayam,Udang atau Sotong (nak X~tra sedap buh la semuanya)
~sos tiram ~ 2 sudu makan
~Air Limau nipis
~Daun ketumbar dicincang halus
~Garam "n" serbuk perasa
~susu pekat manis atau santan ~ 2 sudu makan susu atau 1 senduk kecil santan

Posted by Kata JEBON at 12:44 AM 0 comments
Monday, December 19, 2011
Nasi Ambeng Kg Parit Bunga,Tongkang Pecah. BATU PAHAT JOHOR
Weekend yg lepas JEBON berkunjung ke Kg Parit Bunga,Tongkang Pecah. BATU PAHAT JOHOR..ap yang menarik perhatian JEBON ialah juadah yg di sediakan.....
Lama rasanya JEBON x pekena Nasi Ambeng yg btul2 sedap ‘n’ boleh dikatakan ori…bagi yg kurang arif…. nasi ambeng ni merupakan juadah tradisional masyarakat Jawa. Hidangan ini di sediakan bersama beberapa lauk pauk dan biasanya para tetemu sekadar menjamah hidangan ini sesuap dua dan selebihnya dibungkus untuk di bawa pulang ya lbh dikenali sbg BONTROT oleh masyarakat setempat.
Jom kita lihat lauk pauk yg telah disediakan

~: Lauk pauk yang telah disediakan terdiri dari :~
1. Ayam Masak Kicap
2. Pajeri Terong
3. Kerabu Pucuk ubi yang dicampur kelapa dan taugeh
4. Sayur goreng..Sayor goreng ni banyak campuranya antara nya tempe (1 lagi makan tradisi masyarakat JAWA),tahu kering,kentang, cili merah yg dihiris halus, so oon ‘n’ digoreng bersama kicap
5. Serunding Kelapa
6.’N’ last sekali mee hoon
Posted by Kata JEBON at 2:43 AM 0 comments
Labels: Jom MAKAN..
Wednesday, December 14, 2011
Kuah Sate TERBAIK dari JEBON

2day Jebon nak kenalkan resepi kuah satay yg terbaik pernah Jebon cuba..bahan2 nya agak banyak juga tp x lah ssh nak dapatkan...yang penting hasilnya mmg terbaik setakat yg Jebon pernah rasa...
- 300 g kacang tanah - sangar dan kisar kasar
- 100 g gula pasir
- 150 g gula merah
- 40 g asam jawa
- 1 sk garam dan 1 sk kunyit serbuk
- 2 biji buah keras*
- 1 sb ketumbar biji - sangar*
- 1 sk jintan kasar - sangar *
- 1 sk jintan halus - sangar *
- 2 hiris lengkuas *
- 2 hiris halia muda *
- 20 tangkai cili kering *
- 7 ulas bawang merah *
- 5 ulas bawang putih *
- 7 batang serai - hiris *
- 20 g udang kering *
- 1 cawan minyak masak
- santan
Cara-cara membuatnya...
Mulakan dengan
BISMILLAH (TIPS SUPAYA MASAKAN SEDAP...)
- Satukan gula merah dan jawa,diramas dgn secukup air utk mendapatkan 500 g air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
- Kisar halus bahan2 bertanda *
- Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan gula,garam dan kunyit serbuk dan kacau rata.
- Masukkan bancuhan air asam dan kacang tadi ke dlm bahan yg ditumis. Masak atas api perlahan hingga keluar minyaknya dan masukan sedikit santan
Posted by Kata JEBON at 6:59 PM 0 comments
Thursday, December 08, 2011
Jom Buat Roti Canai



Posted by Kata JEBON at 3:38 PM 0 comments
Friday, December 02, 2011
Sambal Bunga Kantan
Assalamulaikum....lama jebon x menulis, hari ni jebon nak kenalkan sambal bunga kantan pd yg x kenal n' x pernah cuba...ye lah selalu pekene sambal bilis,sotong n kerang apa kat hari ni kita cuba lak something yg agak berbeza tp tetap sedap n' menyelerakan..........
Posted by Kata JEBON at 2:59 PM 0 comments
Monday, December 06, 2010
Sambal Ikan Bakar Si..Jebon Cuba Tau Jgn x Cuba
2@3 Batang Serai2 Batang Bunga Kantan
Seikat Daun Kesum
1 Biji Bwang Besar
3 Ulas Bawng Putih
Cili Padi- Sapa2 Nak Podeh lye..leh R Letak Byk
1/2 Bungkus Cili Boh (RM2.50…kat kg aku la)
1 Keping Gula Melaka / Gula Merah Pun ok
Sedikit BelacanSos Tiram
Air Asam Jawa
Daun Limau Purut (Diracik Halus)
Garam & Serbuk Perasa
Minyak Tuk Menumis
CARA-CARA NYA :~Blender serai,bunga kantan,daun kesum,cili padi,bwg besar dan bwg putih n belacan panaskn minyak dan masukkan 1/2 bungkus cili boh.masak cili hingga pecah minyak dan msukkan bahan yg diblend tadi. Kacau rata2 dan masukkan gula melaka, ,sos tiram,garam,daun limau purut,air asam jawa dan serbuk perasa. Kacau hingga masak.
**
Masak lama sikit sampai sambal kehitaman…sbb ada bahan2 yg kal x cukup masak akan memaksa anda mambuat APPOINTMENT dgn tandas
Sambal Si Jebon ini boleh disimpan dlm p.sejuk…n insyallah akan tahan lama (tp pastikan x terkena air)
Cara membakarnya…ltkkan daun pisang di atas Aluminum foil pas 2 sapukan sedikit minyak masak pd daun pisang …n bakar la ikan2..(boleh guna kuali burger,roti canai atau apa2 aje lah) agak setengah masak letakkan sambal tadi n perahkan limau nipis….
SELAMAT MENCUBA…
Posted by Kata JEBON at 1:26 AM 0 comments



