BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

My Photo
Kata JEBON
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai kehidupan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
View my complete profile

Monday, December 19, 2011

Nasi Ambeng Kg Parit Bunga,Tongkang Pecah. BATU PAHAT JOHOR

Weekend yg lepas JEBON berkunjung ke Kg Parit Bunga,Tongkang Pecah. BATU PAHAT JOHOR..ap yang menarik perhatian JEBON ialah juadah yg di sediakan.....

Lama rasanya JEBON x pekena Nasi Ambeng yg btul2 sedap ‘n’ boleh dikatakan ori…bagi yg kurang arif…. nasi ambeng ni merupakan juadah tradisional masyarakat Jawa. Hidangan ini di sediakan bersama beberapa lauk pauk dan biasanya para tetemu sekadar menjamah hidangan ini sesuap dua dan selebihnya dibungkus untuk di bawa pulang ya lbh dikenali sbg BONTROT oleh masyarakat setempat.

Jom kita lihat lauk pauk yg telah disediakan

~: Lauk pauk yang telah disediakan terdiri dari :~

1. Ayam Masak Kicap

2. Pajeri Terong

3. Kerabu Pucuk ubi yang dicampur kelapa dan taugeh

4. Sayur goreng..Sayor goreng ni banyak campuranya antara nya tempe (1 lagi makan tradisi masyarakat JAWA),tahu kering,kentang, cili merah yg dihiris halus, so oon ‘n’ digoreng bersama kicap

5. Serunding Kelapa

6.’N’ last sekali mee hoon


Ini lah rupanya nasi ambeng yg telah siap disediakan….menarik bukan…










Wednesday, December 14, 2011

Kuah Sate TERBAIK dari JEBON


2day Jebon nak kenalkan resepi kuah satay yg terbaik pernah Jebon cuba..bahan2 nya agak banyak juga tp x lah ssh nak dapatkan...yang penting hasilnya mmg terbaik setakat yg Jebon pernah rasa...


Jom kita tengok n kenal bahan2 nya
  • 300 g kacang tanah - sangar dan kisar kasar
  • 100 g gula pasir
  • 150 g gula merah
  • 40 g asam jawa
  • 1 sk garam dan 1 sk kunyit serbuk
  • 2 biji buah keras*
  • 1 sb ketumbar biji - sangar*
  • 1 sk jintan kasar - sangar *
  • 1 sk jintan halus - sangar *
  • 2 hiris lengkuas *
  • 2 hiris halia muda *
  • 20 tangkai cili kering *
  • 7 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 7 batang serai - hiris *
  • 20 g udang kering *
  • 1 cawan minyak masak
  • santan
Ha agak banyak juga kan ...tp x susah kan nak cari bahan2 2 di pasaran..
dah sudah 2 jom kita mula memasaknya...
Part ni yg paling Jebon suka...

Cara-cara membuatnya...

Mulakan dengan

BISMILLAH (TIPS SUPAYA MASAKAN SEDAP...)

  1. Satukan gula merah dan jawa,diramas dgn secukup air utk mendapatkan 500 g air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
  2. Kisar halus bahan2 bertanda *
  3. Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan gula,garam dan kunyit serbuk dan kacau rata.
  4. Masukkan bancuhan air asam dan kacang tadi ke dlm bahan yg ditumis. Masak atas api perlahan hingga keluar minyaknya dan masukan sedikit santan

Yeh dah siap pun....sedap oooooooooooooo hehehehe

Thursday, December 08, 2011

Jom Buat Roti Canai

Sempena hujung minggu ni Jebon teringin nak buat roti canai...resepi ni mudah je cuma perlukan sedikit kemahiran untuk menebar agar nipis dan ranggup bila di goreng

~:Jom tengok bahan2 nya :~
500 gm tepung...terbaik tepung cap kunci
1 sb garam
1 sb gula
2 sb susu (kal x suka gula blah tambahkan susu)
1 sb marjerin .....terbaik cap pelangi
350 ml air

mudah je kan...kal 1/2 kilo tepung blah dapat 5-7 keping roti canai


Persiapan untuk menguli...fail yg oren 2 sebenarnnya buku resepi jebon heheheh
setelah diuli dengan sempurna n sebati perapkan adunan tu selama 2 jam atau lebih


ni pulak kari daging yang telah Jebon sediakan ...masa ni dalca x siap lagi


Tadaaaaa.........ini lah hasilnya selepas melalui cabaran menebar yg agak mendebarkan...x lah comel sangat tp kira ok looooooooo...yam..yam syoknya dapat makan hasil kerja tangan sendiri kan.......

Friday, December 02, 2011

Sambal Bunga Kantan

Assalamulaikum....lama jebon x menulis, hari ni jebon nak kenalkan sambal bunga kantan pd yg x kenal n' x pernah cuba...ye lah selalu pekene sambal bilis,sotong n kerang apa kat hari ni kita cuba lak something yg agak berbeza tp tetap sedap n' menyelerakan..........


RESEPI SAMBAL KANTAN


~:Bahan - Bahan :~

Bunga Kantan ( Di potong Halus )
Ikan Bilis ( goreng dan diasingkan)
Bawang besar ( di mayang )
Cili Padi ( tumbuk) - nak pedas letak lah banyak
garam secukup rasa.

Cara - Cara Membuat nyer :

Tumis Bawang yg telah di mayang.
Masukkan cili padi yang telah ditumbuk.
Bila Cili dh masak masukkan Bunga Kantan yg dh di potong halus.
letakkan sedikit air, masak hingga Bunga kantan layu.
masukkan garam.
last sekali baru masukkan ikan bilis yang telah di goreng,...

Tadaaaaa,........ siap sudah sambal kantan, mmg enak kalau dapat makan panas2 dengan nasi panas,.. nyum2,... lagi pedas, lagi sedap wooooo !!!!

SELAMAT MENCUBA.............